ketika wanita menangis,
bukan bererti dia tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata,
ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin mencari perhatian,
melainkan kerana apa yang dia perhatikan telah mengaibkannya,
ketika wanita menangis,
bukan kerana dia ingin dilihat lemah,
melainkan kerana dia tidak sanggup berpura-pura kuat,
ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin membuat orang rasa bersalah,
melainkan kerana dia sendiri tidak tahu apa yang membuat dia sedih,
ketika wanita menangis,
jangan lah engkau menganggap mereka lemah,
kerana engaku juga yang menyebabkan air mata itu mengalir
No comments:
Post a Comment